Wednesday, October 20, 2010

Ada apa dengan thursday.

Salam semua,

Hari nie bujang sulung memang menguji kesabaran. Pagi-pagi dah bangun naik atas katil baring-baring tepi adik. Saya tengah menyusukan bujang bongsu ketiaka itu. Dia rasanya macam sayang kat adik dia tapi mungkin ada sedikit perasaan dengki di hatinya because ibunya selalu sangat mendukung and memegang adiknya. Apa agaknya di fikiran nyer yer. Budak tak pandai sangat cakap lagi. Saya tak tahu la dia paham ker tak istilah adik.

Berbalik kepada bujang sulung yang menguji kesabaran. Pagi nie bangun jer kejut hubby to take a bath. After that saya pun bergerak keluar dan bujang sulung turut membuntuti saya. Saya terus ke sinki untuk menyudahkan benda alah yang ada kat sinki. Si bujang nie pulak trus ke meja. Dicapai nyer air pepsi kfc semalam. Aku benar-benar terlupa memasukkan nya ke dalam fridge. Saya tengok jer terus say 'Haziq Don't'. Dia terus membaling air tu. Abes tumpah!Satu kerja buat si ibu. Rasa geram sangat-sangat dengan Muhammad Amirul Haziq. Aku menjentik tangan si bujang tapi selepas menjentik dia timbul pulak rasa bersalah. Dia tak paham lagi kan. Mudah-mudahan anak ibu tau itu pengajaran buat nya. Ya ALLAH jadikan la anak-anak ku anak yang mendengar kata ya ALLAH. Amin amin amin.

Emir merupakan bujang bongsu ku. Hari nie genapla sebulan 21 hari Emir melihat dunia. Kasihan Emir kerana masi sesema. Ya ALLAH sembuhkan la penyakit anakku ya ALLAH. Melihat Haziq n Emir membesar, aku bersyukur ke hadrat-NYA kerana dikurniakan mereka. Semoga aku dan suami dapat menjalankan amanah ALLAH ini dengan sebaiknya. Amin....amin...amin...

No comments:

Post a Comment